Pages

Tuesday, 29 November 2011

Tips penjagaan gearbox

Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta. Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak injin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam injin akan dibuang bagi mengelakkan injin dan gear box terhakis.

Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda. Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda. Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan "normal operating temperature" sepanjang masa. Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box (ikut panduan dalam manual kereta). Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.

Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clucth. In boleh memendekkan jangka hayat clucth plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN CUBA LAKUKAN 'SPINWHEEL'. Laraskan paras clucth supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik). Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu (terutama kancil). Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar injin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.
Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan "overdrive button". Sekiranya kerata anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah (bergantung pada jenis kereta).
Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gear box yang direkomenkan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.
Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah 'mati'. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup. Setiap kali kita menukar clucth plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clucth plate.

akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian. Dan cuba 'belai' dan 'memandu dengan lemah lembut', kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON)(kecuali Perdana V6 = RM 22000).

Sunday, 27 November 2011

Cara penjagaan sistem brek

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.

2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinan tekanan yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.

3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.
4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.

5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.

6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.

7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya, pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek & sistem brek anda tlh ditukar tanap kebenaran JPJ.

9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.

10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.

11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.

Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak enjin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan klac, tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya. Di Sungai Buloh, upah tukar minyak hitam cuma RM5 atau kurang dari RM10.

Mitsubishi Lancer Evolution

Mitsubishi Lancer Evolution, lebih popular dengan gelaran Lancer Evo, LanEvo, atau Evo, merupakan sebuah kereta keluaran Mitsubishi Motors. Setakat ini sudah sepuluh versi rasmi dikeluarkan, kesemuanya menggunakan sistem pernomboran Roman. Kesemuanya menggunakan enjin dua liter dengan pengecas turbo dan sistem pacuan empat roda. Model Evolution sehingga versi VII(7) adalah hasil usaha Mitsubishi untuk menyertai Kejuaraan Rali Dunia. Untuk mematuhi peraturan kejohanan, model Evolution adalah berasaskan kerangka yang sama seperti Lancer.

Evolution asalnya disasarkan hanya untuk pasaran Jepun sahaja tetapi permintaan daripada pasaran import pihak ketiga membawa kepada penjualan di seluruh dunia termasuklah rangkaian pengedar RalliArt di United Kingdom dan di beberapa negara Eropah lain sejak tahun 1998. Mitsubishi mengambil keputusan untuk menjual model Evo VIII di Amerika Syarikat pada tahun 2003 setelah menyaksikan kejayaan jualan Subaru Impreza WRX, pesaing utamanya di kawasan global lain.

Model spesifikasi Jepun dihadkan oleh perjanjian sesama pengeluar kereta sendiri untuk mengehadkan angka kuasa kuda yang diiklankan iaitu pada sekitar 276 hp (205 kW), takat kuasa kuda yang sudah dicapai oleh Evolution IV. Sungguhpun demikian, spesefikasi sebenar bagi kuasa kuda enjin boleh jadi lebih tinggi, misalnya Evolution IX spesifikasi Jepun mempunyai kuasa kuda sebenar sekitar 321 PS (317hp/236kW).

Versi lain di luar Jepun, terutamanya di UK, mungkin mempunyai kadaran kuasa kuda yang lebih tinggi; ada kalanya sehingga setinggi 405 bhp (302 kW). Malah, komponen standard yang digunakan dianggap sebagai komponen 'talaan' jika dibandingkan dengan kenderaan jalanan biasa. Contohnya, roda tenaga bagi kereta biasa adalah seberat 12-15 kilogram, tetapi roda tenaga Evolution hanya seberat 6 kilogram untuk tindak balas enjin yang pantas.

Pada tahun 2008, generasi terkini Lancer Evolution X dilancarkan di seluruh dunia termasuklah di Malaysia, menampilkan enjin 291 hp (217 kW) 4 sebaris turbo serba baru serta sistem aliran kuasa pacuan empat roda sepenuh masa.  


Evolution I


Evolution I diperkenalkan pada tahun 1992 untuk bersaing dalam Kejuaraan Rali Dunia. Ia menggunakan enjin DOHC turbo 2.0 L serta sistem aliran kuasa 4WD daripada kereta Galant VR-4 asal pada kerangka Lancer, serta dijual dalam model GSR dan RS. Model RS adalah versi perlumbaan yang tidak menyertakan tingkap kuasa dan tempat duduk, sistem brek cegah kunci, pengelap cermin belakang, serta menggunakan rim keluli bagi menjimatkan lebih kurang 70 kg berat daripada model GSR yang seberat 1,238 kg, sementara model GSR menyertakan kesemua aksesori bagi kebanyakan kereta jalanan biasa. Ia didatangkan dengan enjin Mitsubishi 4G63 yang menghasilkan 250 PS (244 hp/182 kW) pada 6000 rpm dan kilasan 309 N·m) pada 3000 rpm, bersama-sama sistem pacuan empat roda yang menjadi "trademark" pada kesemua model Evolution. Sebanyak 5,000 buah kereta Evolution generasi pertama terjual antara tahun-tahun 1992 dan 1993. 

Evolution II

Evolution I yang telah berjaya mengalami perubahan pada Disember 1993, serta dihasilkan sehingga tahun 1995. Ia menampilkan penambahbaikan pada pengendalian, termasuklah perubahan kecil pada jarak roda, swaybar lebih besar, penalaan pada bahagian badan termasuk spoiler yang lebih besar, serta tayar Sabalabaier yang 10 mm lebih lebar. Keluaran kuasa meningkat kepada 256 PS (252 hp/188 kW) daripada enjin yang sama manakala kilasan pula tidak berubah pada kedua-dua model GSR dan RS. 


Evolution III
 Januari 1995 menyaksikan ketibaan Evolution 3. Evolution 3 kelihatan lebih serius, dengan muncung hadapan baru (untuk menghalakan udara ke radiator, penyejuk perantara dan brek dengan lebih baik). Skirt tepi dan penjuru belakang adalah dari jenis baru, manakala sayap belakang diperbesarkan untuk mengurangkan daya angkat. Di bawah bonet aluminium ialah set pengecas turbo TDO5-16G6-7 baru, sistem ekzos baru serta peningkatan nisbah mampatan yang menghasilkan peningkatan kuasa sebanyak 10 PS (10 hp/7 kW), sementara kilasan kekal tidak berubah, selain nisbah pacuan akhir yang lebih besar. Kedua-dua model masih menggunakan kotak gear 5 kelajuan. Perubahan dalaman hanya terhad kepada stereng Momo baru (GSR sahaja) serta fabrik baru jenis Recaro. Spesifikasi asas model ini ialah enjin 4G63T bersesaran 1997 cc, menghasilkan 270 bhp (201 kW) pada 6250 rpm, manakala kilasan pula ialah 309 N-m pada 3000 rpm, dengan berat 1260 kg (RS 1190 kg). 

Evolution IV
Platform Lancer diubah sepenuhnya pada tahun 1996, termasuklah model Evolution, yang sudah mmenjadi sangat popular di serata dunia. Enjin serta kotak gear diubah kedudukannya sebanyak 180° untuk keseimbangan yang lebih baik serta menghapuskan belokan tork. Dua versi boleh didapati iaitu RS dan GSR. Versi RS dihasilkan sebagai kereta pertandingan dengan gear pembeza gelinciran terhad (LSD) hadapan serta LSD jenis geseran di bahagian belakang. Ia juga didatangkan dengan tempat duduk GLX serta rim keluli 16" memandangkan bahagian tersebut boleh ditukar oleh sesiapa sahaja yang menggunakan kereta ini untuk pertandingan. Model RS juga menggunakan pembuka tingkap jenis piuhan, tiada penyaman udara, serta beberapa bar dakapan tambahan untuk mengukuhkan kerangka, satu di belakang gril hadapan dan yang lain merentasi lantai but. Model RS juga mempunyai pilihan kilang bagi panel badan yang lebih nipis serta kaca yang lebih nipis. Kedua-dua GSR dan RS menggunakan pengecas turbo jenis tatal berkembar baru yang membantu meningkatkan kuasa kepada 280 PS (276 hp/206 kW) pada 6,500 rpm dan kilasan 352 N·m pada 3,000 rpm. Sistem Active Yaw Control (Kawalan Rewang Aktif) baru Mitsubishi tampil sebagai pilihan kilang pada model GSR, yang menggunakan stereng, masukan pendikit serta pengesan g untuk mengawal agihan tork secara berasingan ke roda belakang dengan kawalan sistem komputer dan hidraulik dan hasilnya, 10,000 buah Evolution IV yang dihasilkan habis dijual dengan cepat. Evolution IV boleh dikenali dengan dua lampu kabusnya yang besar di bampar hadapan (pilihan bagi versi RS), serta lampu belakang rekaan baru, yang menjadi rekaan piawai bagi Evolution VI, yang seterusnya menjadi satu lagi trademark bagi siri-siri Evolution yang seterusnya. Model generasi baru ini lebih berat sedikit daripada model Evo sebelumnya berikutan penambahan sistem teknologi—tetapi untuk mengimbanginya kereta ini menghasilkan lebih kuasa — berat bagi versi RS ialah 1260 kg manakala berat versi GSR ialah 1345 kg. 

Evolution V

Pada tahun 1997, WRC mewujudkan kelas baru iaitu kelas Kereta Rali Dunia, dan sementara kereta-kereta ini masih tertakluk kepada piawaian Kumpulan A, kereta-kereta tersebut tidak perlu mematuhi peraturan penghomologan. Mitsubishi merekabentuk semula Evolution IV atas sebab ini dan memperkenalkannya sebagai Evolution V pada Januari 1998.

Perubahan yang dilakukan termasuklah:

* Kemasan dalaman versi GSR dipertingkatkan dengan kerusi Recaro yang lebih baik.
* Kit badan mempunyai lengkuk roda yang dibesarkan pada bahagian hadapan dan belakang serta spoiler aluminium belakang baru yang menggantikan jenis FRP pada Evo IV dan melaras semula sudutnya bagi mengubah daya ke bawahnya.

* Diameter lubang silinder utama brek dibesarkan sebanyak 0.3 mm.
* Enjin diperkuatkan di beberapa bahagian dan tempoh bukaan injap oleh sesondol dipanjangkan. Omboh yang digunakan adalah lebih ringan dengan ruang skirt yang lebih kecil. Pemancit 510 cc digantikan dengan pemancit 560 cc untuk kebolehpercayaan enjin yang lebih baik berikutan terdapat lebih "ruang kepala" elektrikal manakala ECU ditukar untuk menyertakan ingatan kilat.

Selain itu, pengecas turbo sekali lagi ditambah baik. Kilasan meningkat kepada 373 N·m pada 3000 rpm. Kuasa kuda kekal sama pada 280 PS (276 hp/206 kW seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian sesama pengeluar-pengeluar kereta Jepun agar semua kereta mempunyai kadaran kuasa tidak melebihi 276 hp (280 PS), tetapi ada yang mendakwa kuasa kuda sebenar bagi model ini lebih tinggi.
 


Evolution VI

Perubahan pada Evolution VI lebih tertumpu kepada sistem penyejukan serta ketahanan enjin. Ia memperoleh penyejuk perantara yang lebih besar, penyejuk minyak yang lebih besar, serta omboh baru, bersama-sama dengan roda turbin jenis titanium-aluminida bagi model RS, pertama kali digunakan pada kereta pengeluaran biasa. Juga, Evolution VI menerima badan baru lagi, dengan perubahan ketara pada bampar hadapan di mana lampu kabus dikecilkan dan diketepikan untuk aliran udara yang lebih baik. Satu model baru ditambah bersama-sama barisan GSR dan RS; dikenali sebagai RS2, ia merupakan model RS dengan beberapa pilihan daripada model GSR. Satu lagi edisi terhad RS dikenali sebagai RS Sprint, model RS yang ditala oleh Ralliart di UK untuk menajikannya lebih ringan dan lebih berkuasa dengan kuasa kuda setinggi 330 hp (246 kW). 

Evolution VII

 Pada tahun 2001, Mitsubishi terpaksa menyertai Kejuaraan Rali Dunia dengan menggunakan peraturan WRC kerana membina kereta yang tidak mematuhi peraturan Kumpulan A, maka ia tidak perlu mengikuti peraturan penghomologan. Evolution VII dibina berasaskan platform Lancer Cedia yang lebih besar, menyebabkan pertambahan berat berbanding Evolution VI, tetapi Mitsubishi melakukannya dengan beberapa pelarasan penting pada kerangka. Perubahan terbesar ialah tambahan gear pembeza tengah aktif dan gear pembeza gelinciran terhad yang lebih berkesan, sementara gear pembeza gelinciran terhad hadapan jenis helikal ditambah. Kilasan sekali lagi meningkat kepada 385 N·m dengan penalaan enjin yang memberikan aliran udara yang lebih baik, manakala kuasa kuda kekal pada 280 PS (276 hp/206 kW).

Pengenalan model Evolution VII juga menandakan penggunaan transmisi automatik buat pertama kalinya pada model-model Evo melalui varian GT-A. Mitsubishi mendakwa kotak gear automatik 5 kelajuan yang digunakan mempunyai ciri-ciri "logik kabur", yang bermaksud sistem transmisi boleh "mempelajari" corak pemanduan pengguna serta mengubah corak penukaran gear mengikut cara pemanduan. Kelajuan juga boleh dipilih secara manual melalui butang + dan - pada stereng (sepasang pada kedua-dua belah) atau melalui mod tiptronic pada tombol gear. Kuasa kuda merosot sedikit daripada versi manual iaitu 272 bhp. Kotak gear GT-A tidak digunakan pada Evolution VIII tetapi dipasang pada versi estet bagi Evolution IX Wagon.
 


Evolution VIII


Evolution diubah lagi pada tahun 2003, kali ini menampilkan Super Active Yaw Control (Kawalan Rewang Lampau Aktif) untuk mengawal cengkaman serta kotak gear manual sama ada 5 atau 6 kelajuan bergantung kepada model. Ia boleh didapati dengan kuasa enjin 280 PS (276 hp/206 kW) dalam empat varian: model GSR piawai di Jepun, model RS dengan bumbung keluli, kotak gear 5 kelajuan, serta roda-roda piawai (tanpa komponen tambahan, seperti lampu peta dalaman, tetingkap kuasa dan radio), model SSL (dengan bumbung suria, subwoofer yang dipasang pada bahagian but, dan kerusi kemasan kulit), serta model MR, yang didatangkan dengan gear pembeza gelinciran terhad hadapan yang diubah semula, tombol gear aluminium MR, brek tangan dengan dendal jenis gentian karbon, rim 17 inci BBS, bumbung aluminium, serta transmisi manual 6 kelajuan. Evolution baru ini juga turut menggunakan lampu Altezza.

Lancer Evolution VIII adalah unik berbanding pendahulu dan penggantinya, memandangkan ia adalah satu-satunya model Evo yang menggunakan teras separa segitiga tengah yang sama seperti pada model Lancer, Adventure, Strada, Grandis, Montero dan Outlander.

Lancer Evolution VIII MR menggunakan penyerap hentak Bilstein untuk pengendalian yang lebih mantap. Panel bumbung aluminium serta pengurangan lain pada berat badan telah merendahkan pusat graviti bagi menghasilkan perwatakan olengan yang lebih semulajadi. Pembaharuan yang lebih lanjut juga dilakukan pada pacuan empat roda elektronik, kepada sistem cengkaman ACD 5 + Super AYC 6, dan kepada sistem Sports ABS. Lancer Evolution VIII yang ditunjukkan pada Pertunjukan Kereta Jepun 2003 mengambil penampilan MR yang biasanya dihadkan pada model berprestasi tinggi (pertama kali digunakan pada GTO). Bahagian lain pada MR termasuklah rim aloi BBS, penyerap hentak Bilstein seperti yang sudah diterangkan tadi, serta bumbung aluminium. Di United Kingdom, beberapa vairan khas Evolution telah dikeluarkan, termasuklah FQ300, FQ320, FQ340, dan FQ400. Masing-masing datang dengan kuasa kuda 305, 320, 340, dan 400 hp (227, 239, 254 dan 298 kW). Dikatakan 'FQ' merupakan kependekan kepada "Fucking Quick".


Model FQ400, dijual melalui Ralliart UK, menghasilkan 302.13 kW (405.2 hp) daripada enjin 2.0 L 4G63, hasil daripada penalaan enjin yang agresif oleh firma-firma British iaitu Rampage Tuning, Owen Developments, dan Flow Race Engines. Pada 202.9 hp (151.3 kW) seliter, ia merupakan antara angka keluaran kuasa kuda tentu seliter yang tertinggi berbanding mana-mana enjin kereta jalanan yang lain. Dengan berat kering 1450 kg, pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa 3.5 saat, 0-160 km/j pula dalam masa 9.1 saat, pencapaian semasa ujian drag 400 m adalah dalam masa 11.9 saat pada kelajuan 195 km/j, serta kelajuan maksimum dicapai pada 283 km/j manakala harga jualan di UK adalah sejumlah £47,000.
 

Evolution IX

Mitsubishi memperkenalkan Lancer Evolution IX di Jepun pada 3 Mac 2005, serta mempamerkan kereta tersebut di Pertunjukan Kereta Geneva bagi pasaran Eropah pada hari yang sama. Pasaran Amerika Utara menyaksikan model tersebut dipamerkan di Pertunjukan Kereta Antarabangsa New York pada bulan berikutnya. Enjin 4G63 2.0 liter itu kini menggunakan teknologi pemasaan injap boleh laras MIVEC, meningkatkan keluaran kuasa kuda rasmi pada aci engkol pada 286 hp (213 kW) sementara kilasan pula ialah 392 N·m. Mitsubishi Lancer Evolution IX adalah model terakhir dalam keluarga Lancer Evolution yang menggunakan enjin 4G63 sebelum digantikan dengan enjin 4B11 pada Evolution X.

Evolution IX adalah model Evolution pertama dibawa masuk ke Malaysia melalui pengedar sah di Malaysia iaitu Mitsubishi Motors Malaysia. Sebelum ini, model-model Evolution yang lepas dibawa masuk melalui pengimport pihak ketiga. Spesifikasi model tersebut bagi pasaran Malaysia adalah sama seperti spesifikasi Jepun.

Mitsubishi juga membangunkan Evolution MIEV, berasaskan kerangka Evolutions IX tetapi dengan empat motor elektrik yang disambungkan pada roda sebagai ujian bagi barisan kereta elektrik akan datang MIEV (Kenderaan Elektrik Dalam Roda Mitsubishi). Motor-motor di dalam roda menggunakan pembinaan berongga seakan donat untuk menempatkan rotor di luar stator, tidak seperti motor elektrik lain di mana rotor berpusing di dalam stator. Hasilnya ialah motor yang lebih ringan yang membawa kepada beran tidak berspring yang lebih rendah berbanding sistem yang menggunakan motor elektrik yang dipasang pada roda. Setiap motor dalam roda menghasilkan keluaran kuasa kuda sebanyak 68 hp (51 kW), menghasilkan kuasa kuda gabungan 272 hp (203 kW), setara dengan model Lancer Evolution biasa yang menggunakan enjin petrol. Kereta tersebut mengambil bahagian dalam Perlumbaan Rali EV (kenderaan elektrik) Shikoku 2005.
 


Evolution X



Pada tahun 2005, Mitsubishi memperkenalkan satu versi konsep bagi model Evolution generasi seterusnya pada Pertunjukan kereta Tokyo ke-39, dinamakan sebagai Concept-X, rekaan Omer Halilhodžić di pusat reka bentuk syarikat di Eropah.

Mitsubishi turut mendedahkan kereta konsep kedua, Prototype-X, pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Amerika Utara 2007 (NAIAS).

Model sedan Lancer Evolution X menampilkan enjin serba baru iaitu enjin aluminium 4B11T 2.0 L turbo, 4 sebaris. Kuasa dan tork adalah bergantung kepada pasaran tetapi kesemuanya menghasilkan sekurang-kurangnya 280 PS (276 hp, 206 kW) bagi spesifikasi Jepun; spesifikasi Malaysia pula menghasilkan 295 PS (217 kW) @ 6,500 rpm. Versi yang dijual di Malaysia menggunakan kotak gear klac berkembar 6 kelajuan serba baru bagi menggantikan transmisi manual 6 kelajuan pada Evolution IX.

Paskuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula menggunakan kereta Evolution X bermula Disember 2008 bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang yang lebih berkesan. Namun demikian, model yang digunakan oleh PDRM menggunakan transmisi manual 5 kelajuan.Evolution X

 

Saturday, 26 November 2011

TIP SISTEM BREK

Seperti yang kita tahu, brek sangat penting dalam sebuah kereta. Tanpanya tak mungkin kita berani
memandu kereta tersebut sekiranya kita mengetahuinya.

Nasihat saya kepada pemilik kereta yang telah menukar injin kereta mereka kepada injin yang mempunyai "kuasa kuda membrek" atau BHP yang lebih tinggi (lebih 25 bhp ke atas), pastikan anda memeriksa dan menilai kembali sistem brek original yang ada pada kereta anda. Jangan kerana nak jimat, anda abaikan sistem brek anda. Lebih baik sekiranya semasa anda membeli haftcut kereta anda, beli bersama sistem brek kereta tersebut dan pasangkan pada kereta anda. Pernah saya berjumpa dengan kancil yang telah di tukar enjin kepada Mira L5 tapi sistem breknya masih original. Dan kebetulan semasa keluar dari bengkel, keadaan kecemasan berlaku dan kereta tersebut tidak dapat berhenti walaupun pemandu mengatakan dia tekan brek sampai berdiri.
Sistem asas brek terdiri dari disk atau drum, pelapik brek (pad brek), saluran minyak, pam vacum(objek besar hitam bulat leper betul-betul di hadapan steering dalam kompamen injin), tabung minyak injin, padel brek (tempat tekan brek). Kesemua peralatan asas yang di atas mestilah dijaga dengan baik supaya brek berkesan. 
Kereta baru. Semasa service pertama, minta mekanik memeriksa kesemua disk dan drum brek termasuk pelapik brek. Pastikan pelapik brek betul betul terapung di antara dua angkup dan disk berada di tengah. Untuk drum, pastikan pelapik brek tidak menyentuh drum atau kesan geseran yang kelihatan adalah sama rata. Jika tidak rata, minta mekanik periksa kerana perkara ini akan menjadi masalah bila ia dibiarkan. Kalau dapat minta mekanik melaraskan pedal brek supaya tidak terlalu 'makan' mengejut dan sesuai dengan panjang kaki kita. Sekiranya minyak brek sudah kotor(keruh warnanya), minta mekanik tukar.

TIPS KENDERAAN TENGGELAM BANJIR

Tip ini ditulis melalui pengalaman dan pengetahuan yang telah dikaji dan dibincang bersama pakar-pakar automotif. Perkara yang yang mesti dilakukan oleh owner kenderaan adalah berikut:

1. Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk enjin dan bahagian dlm kabin kereta, JANGAN CUBA HIDUPKAN ENJIN KERETA. Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti. Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1000 -- RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna.
    Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis injin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti (harga untuk kotak gear baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000). Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.

2. Apabila sampai ke bengkel, bogelkan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat
elektronik.

3. Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah
masuk ke dalam injin. Periksa juga minyak injin. Pastikan minyak injin tidak bercampur air. Dan tidak
terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2 atau 3 hari). Boleh dihidupkan injin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear belum diperiksa.

4. Sekiranya injin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu.
Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan
bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan
kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear. Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak injin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara
(original).